[VIDEO] Guru tadika kantoi tampar budak 35 kali gara-gara tak puas hati hasil kerja murid


  • Benua
  • Rabu, 18 Okt 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang guru wanita yang mengajar di Sekolah Sadhna Niketan menampar kanak-kanak berusia empat tahun di sebuah tadika swasta baru-baru ini.

SEORANG guru wanita ditahan pihak berkuasa selepas perbuatannya menampar murid berusia empat tahun di sebuah tadika swasta terbongkar baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku di Sekolah Sadhna Niketan yang terletak di Kargil Chowk, Kapodra, Surat, India.

Perbuatan tersebut terbongkar apabila ibu bapa budak perempuan berkenaan berkongsi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kejadian itu di media sosial.

Video berdurasi dua minit 53 saat itu memaparkan situasi guru tersebut, Jashodaben Khokhriya memukul dan menampar belakang badan budak perempuan berkenaan sebanyak 35 kali.

Menerusi rakaman itu, guru tersebut dilihat duduk di tengah kelas sambil mengawasi murid-muridnya membuat kerja mereka.

Bagaimanapun, akibat tidak berpuas hati dengan hasil kerja salah seorang muridnya, Khokhriya kemudian bertindak menampar budak itu berkali-kali hingga mendatangkan kesakitan kepada murid tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram