[VIDEO] Mahasiswi dibuli, pintu lif gagal ditutup beberapa kali angkara pelajar lelaki nakal


  • Benua
  • Jumaat, 13 Okt 2023

Tangkap layar kejadian buli yang tular itu membabitkan seorang pelajar wanita berpurdah di UIN Jambi, Indonesia.

TULAR di Indonesia satu kejadian buli melibatkan sekumpulan mahasiswa universiti yang bertindak menganiaya seorang pelajar wanita yang mengenakan purdah.

Menerusi klip yang tersebar di media sosial sejak Khamis, beberapa pelajar lelaki itu dilihat berulang kali menahan lif dinaiki wanita tersebut yang dipercayai merupakan pelajar di Universitas Islam Negeri (UIN) Jambi, Indonesia.

Kumpulan mahasiswa terbabit turut dilihat ketawa ketika melakukan aksi tidak bertanggungjawab tersebut.

Insiden berkenaan menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen di negara jiran itu.

Susulan daripada video tular tersebut, pihak pengurusan UIN Jambi mengesahkan mengenai kejadian berkenaan.

Media turut melaporkan pihak universiti sudah memanggil kumpulan pelajar lelaki terbabit untuk dikenakan tindakan.

Difahamkan, kumpulan pelajar lelaki berkenaan juga sudah meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatan itu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram