[VIDEO] Ibu meraung tetamu terpijak bayi ketika berebut makanan di majlis berendoi


  • Benua
  • Isnin, 09 Okt 2023

Tangkap layar video memaparkan detik-detik seorang ibu mendapatkan bayinya selepas dipercayai dipijak tetamu di rumah berkenaan.

SEORANG bayi dipercayai tidak sengaja dipijak oleh beberapa tetamu yang datang ketika upacara majlis keraian yang berlangsung di sebuah rumah dipercayai di Indonesia.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Telegram pada Isnin, kejadian tersebut sempat dirakam oleh individu yang berada di majlis itu ketika kejadian berlaku.

Dalam video yang berdurasi 15 saat itu, kedengaran suara seorang wanita menjerit memanggil nama seseorang ketika melihat bayi itu dipijak.

Berdasarkan info yang dikongsikan itu, kejadian terpijak bayi itu difahamkan ketika tetamu sedang berebut makanan yang diletakkan berdekatan dengan buaian bayi berkenaan.

Pada masa yang sama, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi itu dilihat berlari mendapatkan anaknya sebelum menangis selepas melihat keadaan bayinya pada waktu itu.

Sementara itu, menurut salah seorang warga maya yang turut memberi reaksi kepada kejadian tersebut, bayi itu dilihat terjatuh daripada buaian sebelum dipijak.

"Rasanya macam majlis 'berendoi', bayi itu dalam buai, yang lelaki baju hitam itu langgar sampai jatuh terpijak bayi itu," tulis Azura Mohamed. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram