KUMPULAN tentera Hamas, yang kini mengawal Semenanjung Gaza pada Sabtu, menyiarkan video memaparkan anggotanya menangkap tiga lelaki yang berpakaian seperti orang awam.
Papan tanda dalam bahasa Ibrani dilihat pada latar belakang klip itu difahamkan memberi petanda bahawa rakaman itu dilakukan di persimpangan Erez yang merupakan kawasan sempadan antara Israel dan Semenanjung Gaza.
"Pemaparan Briged Al-Qassam menangkap sejumlah askar musuh dalam pertempuran Ribut Al-Aqsa," menurut tulisan yang muncul pada permulaan video terbabit.
Video lain yang tersebar di media sosial menunjukkan mayat beberapa individu dipercayai tentera Israel yang dipercayai ditahan dan dalam keadaan keletihan serta pemandu yang maut di lebuh raya.
⚡️Some of the hostages in the hands of Al Qassam (Palestine) pic.twitter.com/qU5SyITglA
— War Monitor (@WarMonitors) October 7, 2023
Bagaimanapun kesemua video terbabit tidak dapat disahkan secara bebas dengan segera AFP.
Perkhidmatan perubatan kecemasan Israel, Magen David Adom berkata, 22 orang ditembak mati di negara itu, selepas pejuang Palestin menyusup masuk dari Semenanjung Gaza.
Pasukan pejuang terbabit juga melepaskan ribuan roket ke arah Israel, yang turut melakukan serangan balas udara.
Pegawai kesihatan Gaza masih belum mengeluarkan pengesahan rasmi mengenai jumlah rakyat Palestin terbunuh di dalam wilayah tersebut.
Israel mengenakan sekatan yang melumpuhkan Gaza sejak 2007, susulan pengambilalihan Hamas ke atas kawasan tersebut. — AFP
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram