[VIDEO] Licik, pencuri sempat tersenyum pada mangsa sebelum larikan telefon pintar di Sabah


  • Tular
  • Ahad, 10 Sep 2023

Tangkap layar seorang lelaki mencuri sebuah telefon pintar di pusat beli-belah di Inanam, Kota Kinabalu baru-baru ini.

TULAR satu video memaparkan seorang lelaki secara selamba mencuri sebuah telefon pintar di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Walaupun ia dilihat sebagai kes kecurian biasa, namun apa yang menarik perhatian ialah gelagat suspek yang sempat memberikan senyuman pada mangsa.

Melalui video tular yang dimuat naik di aplikasi Telegram dan WhatsApp sejak Sabtu itu, kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Inanam.

Dalam kejadian tersebut, mangsa yang dipercayai bekerja sebagai seorang kakitangan vendor makanan dan minuman pada mulanya meletakkan telefon pintarnya di kaunter.

Suspek kemudiannya dilihat menghampiri vendor tersebut sambil memerhati keadaan sekeliling.

Selepas mendapati keadaan selamat, dia terus mencuri telefon pintar tersebut dan beredar dari lokasi kejadian.

Melalui maklumat awal yang dikongsikan, difahamkan mangsa telah membuat satu laporan polis dan turut meminta orang ramai untuk berhati-hati dengan suspek.

Setakat berita ini ditulis, belum ada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak berkuasa. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram