SEORANG pencuri berjaya ditahan polis selepas dipercayai mencuri kereta yang sedang diservis di Dammam, Arab Saudi baru-baru ini.
Menerusi video dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang mula tular sejak Khamis menunjukkan kereta yang sedang di periksa itu dibawa lari pencuri terbabit di tempat kejadian.
Pencuri tersebut juga dilaporkan cuba menyelinap masuk ke dalam kereta yang masih hidup dan dalam keadaan bonet yang terbuka.
Dalam video yang tular di media sosial itu juga memaparkan pemilik kereta memberi respons pantas untuk mengejar pencuri tersebut.
Sementara itu, pencuri tersebut dilaporkan telah ditahan oleh pihak polis dan dikenakan tindakan undang-undang manakala kereta tersebut telah dikembalikan kepada pemilik tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram