PASANGAN atlet luncur ais dari Ukraine tampil dengan aksi protes secara terbuka terhadap pencerobohan Rusia ke atas negara mereka ketika kejohanan luncur ais antarabangsa di Budapest Hungary, baru-baru ini.
Ia selepas kedua-dua atlet terbabit, Violetta Syerova dan Ivan Khobta enggan memberikan ucapan tahniah kepada pemenang dalam acara disertai yang merupakan atlet Georgia kelahiran Rusia.
Menerusi video tular Isnin mengenai insiden tersebut, Syerova dan Khobta dilihat memberikan reaksi dingin terhadap Nastasia Metelkina dan Luka Berulava ketika upacara penyampaian hadiah tersebut.
Malah, mereka juga didapati langsung enggan menunjukkan kemesraan ketika disapa oleh kedua-dua pemenang berkenaan.
Metelkina dan Berulava merupakan atlet kelahiran Rusia yang mewakili Georgia dengan kedua-duanya dilaporkan terus berlatih di negara kelahiran mereka itu meskipun sudah menukar kewarganegaraan.
Ukrainian figure skaters refused to congratulate the Russians on their victory
This happened at the Junior Grand Prix of Figure Skating in Budapest, where Russian athletes Anastasia Metelkina and Luka Berulava competed for Georgia.
During the award ceremony, the Russians tried... pic.twitter.com/R0R7pbGJpJ
— NEXTA (@nexta_tv) September 24, 2023
Dalam kejohanan tersebut, pasangan Metelkina dan Berulava berjaya memperoleh pingat emas manakala Syerova dan Khobta sekadar berpuas hati dengan pingat perak sementara gangsa pula dirangkul pasangan atlet dari Kanada.
Tindakan pasangan atlet Ukraine itu merupakan kenyataan tegas mengenai pendirian mereka terhadap tindakan Rusia dalam krisis peperangan berlaku dan keengganan menormalkan hubungan antara kedua-dua negara yang sudah memasuki tempoh konflik selama lebih setahun. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram