SEORANG akrobat wanita cedera parah selepas terjatuh dari ketinggian hampir 5 meter semasa melakukan aksi trapeze dalam pertunjukan sarkas di Barnaul, wilayah Altai Krai, Rusia.
Video insiden tesebut yang turut tular itu menyaksikan gimnas terbabit yang dikenali sebagai Maria Smetanova, 23, sedang tergantung secara terbalik dengan kakinya disangkutkan pada palang trapez.
Bagaimanapun, kaki wanita itu secara tiba-tiba terlepas daripada alat berkenaan sebelum terjatuh ke atas tanah dengan kepalanya dilihat terlebih dahulu terhempas.
Dalam kejadian yang berlaku pada 31 Ogos lalu, penonton juga didapati agak terkejut dengan insiden tersebut.
Berdasarkan video terbabit, Smetanova dilihat terbaring dan tidak bergerak di atas tanah ketika beberapa individu lain tampil segera memberikan bantuan rawatan.
Menerusi klip sama, persembahan tersebut didapati dilangsungkan tanpa sebarang jaring keselamatan di bahagian bawah dekat tapak aksi berkenaan.
Susulan daripada kejadian itu, Smetanova terus dikejarkan ke hospital dengan pemeriksaan mendapati dia telah mengalami keretakan pada tengkoraknya.
Russian Circus performer nose-dives 30 feet during trapeze act, terrifying fall to ground caught on video
Maria Smetanova, 23, is in critical condtion. pic.twitter.com/Q4jnzNsRaP
— Joseph Morris (@JosephMorrisYT) September 1, 2023
Pada masa sama, dia yang kini dilaporkan sedang bertarung nyawa itu turut mengalami gegaran otak dan patah tangan akibat insiden berkenaan.
Pihak raya difahamkan sedang menyiasat kes tersebut terutamanya dari segi pematuhan terhadap prosedur keselamatan di tempat persembahan berkenaan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram