[VIDEO] Pelajar kejuruteraan rebah atas 'treadmill' maut diserang sakit jantung


Tangkap layar video memaparkan Siddharth diserang sakit jantung ketika berlari di atas treadmill dipercayai di sebuah gimnasium dekat Ghaziabad, Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

SEORANG lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berlari di atas treadmill dipercayai di sebuah gimnasium dekat Ghaziabad, Uttar Pradesh, India baru-baru ini.

Mangsa dikenal pasti sebagai Siddharth Kumar Singh, 21, yang merupakan seorang pelajar tahun satu jurusan kejuruteraan di sebuah kolej tempatan.

Kejadian mengejutkan yang berlaku pada Sabtu sekitar pukul 11.55 pagi itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Berdasarkan rakaman tersebut, anak tunggal itu dilihat mula memperlahankan hayunan kakinya sewaktu berlari di atas treadmill, sebelum dirinya rebah secara perlahan-lahan.

Insiden itu disedari beberapa individu lain yang turut berada di lokasi kejadian.

Mereka dilihat meluru menghampiri pelajar berkenaan dan cuba untuk membantunya, namun malangnya dia tidak dapat diselamatkan.

Difahamkan, Siddharth sememangnya kerap ke gimnasium tersebut untuk melakukan senaman rutin. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram



Lebih Pilihan