
AKSI riadah futsal di Butterworth, Pulau Pinang pada Jumaat bertukar kecoh apabila seorang pemainnya yang berusia 53 tahun mengalami sakit jantung.
Perkara itu disedari rakannya yang turut bermain ketika dia rebah dan didapati tidak mempunyai denyutan nadi dan pernafasan tidak jelas.
Tetapi, situasi tersebut dapat dikendalikan dengan cukup baik apabila salah seorang lelaki tidak dikenali mangsa yang pantas memberikan bantuan pernafasannya (CPR) terhadapnya.
Tindakan pantas itu dibuat kira-kira pada pukul 10 malam ketika mereka yang lain menghubungi pihak hospital.
"Individu berkenaan terselamat kerana ada individu yang cepat bertindak memberikan CPR kepadanya. Sekiranya semua hanya menunggu untuk ambulans tiba, dia mungkin akan meninggal dunia," kata Pengerusi Penang Heart Safe Society, Datuk Dr Luan Leah Wah.
Berdasarkan maklumat yang diterima, individu yang hadir memberikan bantuan kecemasan itu ialah seorang peserta dalam skuad sukarelawan Bomba Jalan Raja Uda, Gee Pin Chiew.
Ketika itu, dia difahamkan memiliki defribrilator automatik mudah alih (AED) dan segera hadir ke kawasan kejadian untuk membantu mangsa.
Tambah Dr Luan lagi, orang ramai perlu membawa alatan sebegitu di seluruh negara untuk membantu sesiapa yang mengalami serangan jantung. — The Star/Arnold Loh
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram