[VIDEO] Budak lelaki selisih maut, hampir mati digilis kereta ketika main seorang diri depan rumah


  • Benua
  • Selasa, 29 Ogos 2023

Tangkap layar seorang budak lelaki dilanggar oleh sebuah kenderaan ketika bermain berseorangan baru-baru ini. — Agensi

TULAR satu video memaparkan seorang kanak-kanak lelaki nyaris maut apabila dia digilis sebuah kenderaan jenis trak pikap ketika bermain seorang diri di hadapan rumahnya baru-baru ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku di salah sebuah lokasi di Indonesia, namun tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.

Melalui video berdurasi dua minit lebih memaparkan kanak-kanak berkenaan sedang bermain bersendirian tanpa di hadapan rumahnya tanpa pengawasan daripada orang dewasa.

Pada waktu kejadian, mangsa dilihat sedang membelek-belek barang permainannya di tepi simpang jalan tersebut sebelum sebuah kenderaan datang dari arah kanan sebelum melanggarnya.

Mangsa yang dilanggar dilihat terperosok ke bawah kenderaan tersebut dan digilis tayar belakang kenderaan berkenaan.

Namun nasib baik menyebelahi kanak-kanak berkenaan apabila dia dilihat bangkit dan bangun semula dalam keadaan menangis.

Kejadian itu turut disedari orang awam yang berada di lokasi kejadian dan terus memberikan pertolongan kepada budak lelaki itu.

Pemandu kereta tersebut yang juga seorang wanita turut dilihat keluar daripada kenderaannya dalam keadaan panik dan cuba memberikan bantuan.

Setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan keadaan sebenar budak lelaki berkenaan dan tiada maklumat lanjut yang dikongsikan oleh media antarabangsa Indonesia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram