[VIDEO] Guru wanita kantoi pukul, dera budak prasekolah kena pecat, disiasat polis


  • Benua
  • Isnin, 28 Ogos 2023

Tangkap layar seorang guru memaksa seorang kanak-kanak lelaki meminum air dengan menolak kepalanya beberapa kali.

POLIS sedang menjalankan siasatan terhadap seorang guru di sebuah prasekolah di Woodlands, Singapura kerana dipercayai mendera beberapa orang kanak-kanak.

Guru tersebut bagaimanapun telah dipecat susulan video memaparkan perbuatannya itu tular di media sosial sejak Isnin.

Klip video tersebut telah dirakam di tiga lokasi yang berbeza di dalam kelas tersebut.

Menerusi rakaman pertama, guru yang mengajar di Kinderland@Woodlands Mart itu dilihat memaksa kanak-kanak tersebut meminum air dengan menolak kepalanya beberapa kali dalam tempoh kira-kira 12 saat.

Guru itu yang dikenali dengan panggilan Ms Li malah tidak mengendahkan raungan budak lelaki itu yang dilihat berulang kali menolak tangan wanita itu daripada dahinya.

Disebabkan gagal membuatkan kanak-kanak tersebut diam, guru berkenaan kemudian mencengkamnya di sekeliling badan dan menolak kepalanya ke belakang.

"Saya tidak boleh memberinya makan dengan hanya satu tangan," katanya sambil ketawa.

Guru tersebut kemudian membiarkan budak itu pergi, dan menjerit kepada anak murid lain di kelas itu.

“Seterusnya siapa mahu? Datang sini. Saya akan duduk dan memberikan kamu air,” katanya lagi.

Dalam satu klip video lain, guru wanita itu dilihat turut memaksa seorang budak perempuan untuk meminum air dengan memicit mulutnya.

WhatsApp Image 2023-08-28 at 21.48.54

Tindakan Ms Li mencengkam badan dan menolak kepala seorang budak mencetuskan kemarahan ibu bapa.

Dia kemudian mengarahkan kanak-kanak itu baring di atas lantai dan menuang air ke dalam mulutnya.

Lebih mendatangkan kemarahan netizen, kanak-kanak itu dilihat menangis sambil bergelut ingin melepaskan diri.

Manakala video ketiga pula menunjukkan guru berkenaan memukul belakang seorang kanak-kanak menggunakan buku tebal berkulit keras.

Dalam pada itu, polis pada Isnin berkata, laporan telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.

Jurucakap Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA), yang menjawab pertanyaan The Straits Times, berkata guru itu telah dipecat.

Agensi itu, tambahnya, sedang menyiasat kejadian itu namun tidak dapat memberikan butiran lanjut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram