[VIDEO] Suami isteri mati dipukul jiran akibat anak sorok kekasih lain agama


  • Benua
  • Ahad, 20 Ogos 2023

Polis menjalankan siasatan di kediaman Abas di Sitapur, Uttar Pradesh pada Jumaat lalu.

PASANGAN suami isteri beragama Islam dipukul hingga mati oleh jiran dengan menggunakan batang besi dan kayu di kediaman mereka dekat Sitapur, Uttar Pradesh, India.

Tiga suspek yang kesemuanya beragama Hindu dilaporkan telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Pihak Polis Sitapur Chakresh Mishra berkata, pembunuhan itu didakwa berpunca daripada hubungan cinta yang terjalin antara anak lelaki mangsa dan anak perempuan salah seorang tertuduh.

Pasangan terbabit, Abbas dan isterinya Kamrul Nisha meninggal dunia di tempat kejadian pada Jumaat, manakala semua tertuduh melarikan diri dari lokas kejadian.

Mengulas mengenai situasi sebenar, Chakresh Mishra berkata, beberapa tahun lalu, anak lelaki Abbas didakwa telah kahwin lari dengan seorang anak gadis jiran.

Setelah kejadian itu dilaporkan ke pihak berkuasa, anak Abbas telah dimasukkan ke dalam penjara.

Bagaimanapun, setelah mengetahui anak lelaki Abbas dibebaskan dari penjara baru-baru ini, beberapa ahli keluarga wanita berkenaan dilihat masih tidak berpuas hati dengan tindakannya sebelum ini.

Mereka malah membuat perancangan untuk menyerang Abbas dan Kamrul Nisha.

“Menurut penduduk kampung, anak lelaki kepada pasangan arwah iaitu Shaukat dan anak kepada salah seorang suspek, Rampal iaitu Ruby menjalinkan hubungan sulit meskipun mereka berbeza agama.

"Shaukat pernah menculik Ruby pada tahun 2020. Ketika itu Ruby masih di bawah umur dan selepas menerima laporan mengenai kes penculikan tersebut, polis menghantar Shaukat ke penjara.

"Kemudian pada Jun tahun tahun ini, dia (Shaukat) sekali lagi menculik Ruby dan berkahwin dengannya," kata Chakresh Mishra.

Sementara itu, polis memaklumkan bahawa tiga tertuduh utama berjaya ditangkap, manakala dua lagi suspek sedang diburu. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram