MALANG nasib bagi seorang lelaki apabila niat dia untuk membantu dua orang wanita akhirnya berakhir dengan tragedi berdarah apabila menjadi mangsa rompakan yang bersenjatakan pisau.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku di luar negara dan insiden berkenaan turut tular di media sosial baru-baru ini.
Melalui maklumat yang dikongsikan di laman X (Twitter), lelaki malang berkenaan dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum dia dipanggil oleh salah seorang wanita berkenaan.
"Seorang lelaki ditikam dan dirompak dua wanita ketika cuba membantu wanita tersebut yang berpura-pura sakit sebelum seorang lagi bertindak menikam mangsa di belakang badan.
"Barangan peribadi mangsa seperti telefon pintar, wang dan jam tangan dirompak dan dilarikan suspek," ciapnya.
Dalam video berdurasi seminit lebih berkenaan, jelas kelihatan salah seorang wanita itu berpura-pura sakit sambil dipapah oleh rakannya.
Lelaki yang tidak mengesyaki apa-apa itu terus dilihat cuba membantu sebelum dia ditikam menggunakan pisau dan ditinggalkan seorang diri dalam keadaan menahan kesakitan.
Namun begitu, tidak dinyatakan lokasi dan tarikh sebenar kejadian tersebut berlaku.
Pada masa sama, setakat berita ini ditulis, tidak dapat dipastikan keadaan mangsa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram