TINDAKAN seorang pencuri merompak sebuah kedai serbaneka di Stockton California, Amerika Syarikat (AS) sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam membawa padah selepas dia dipukul oleh pekerja di kedai tersebut.
Video mengenai insiden tersebut tular di sosial media memaparkan suspek yang berulang kali dipukul oleh pekerja kedai berkenaan menggunakan batang kayu selepas dia dipercayai melakukan kegiatannya itu di tempat sama buat kali kedua.
Menurut laporan abc10 pada Sabtu, difahamkan suspek pada awalnya sudah terlebih dahulu merompak kedai terbabit ketika awal pagi 28 Julai lalu dan turut mengancam untuk menembak pekerja di premis berkenaan.
Jabatan Polis Stocton memaklumkan insiden pertama itu menyaksikan pencuri terbabit berjaya melarikan beberapa kotak rokok dan barangan lain dengan pihaknya turut menerima laporan mengenai kejadian itu.
Namun begitu, kurang 24 jam daripada kejadian terbabit, pihak polis menerima satu lagi panggilan daripada pekerja kedai yang sama mengenai kecurian di premis terbabit.
US Sikh Man Courageously Thwarts Robbery Attempt, beats a thief with stick in a viral video#sikh #defends #beatathief #courage #store #robber pic.twitter.com/pvkvD98SS0
— Satluj (@SatlujTV) August 4, 2023
Menerusi klip tular itu, pencuri terbabit dilihat menyelongkar kotak rokok di rak kedai terbabit dengan memasukkannya ke dalam tong sampah sebelum salah seorang daripada pekerja kedai bertindak menangkapnya.
Seorang pekerja juga dilihat berulang kali memukul suspek sehingga menyebabkannya terjatuh dan berada dalam kesakitan.
Menerusi video berkenaan, pencuri terbabit dilihat merayu kepada pekerja tersebut untuk berhenti daripada memukulnya.
Pada masa sama, pihak polis memaklumkan bahawa pencuri terbabit ditemui oleh orang awam di kawasan sekitar berada dalam kesakitan dan sudah pun dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Polis Stockton turut menyatakan bawah pihaknya turut menyiasat kemungkinan berlakunya kes serangan terhadap suspek oleh pekerja kedai serbaneka terbabit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram