[VIDEO] Kepala tersangkut tin biskut, terpaksa guna senduk elak sakit


  • Benua
  • Selasa, 01 Ogos 2023

Keadaan Muhammad selepas kepalanya tersangkut pada tin biskut. — Agensi

SEORANG kanak-kanak di Kota Tasikmalaya, Jawa Barat, Indonesia menghadapi detik cemas selepas kepalanya tersangkut pada tin biskut dalam insiden yang berlaku pada Sabtu lalu.

Muhammad Gabriel pada awalnya di bawa ke rumah sakit (RS) Islam kota Tasimalaya ekoran kejadian itu namun pihak hospital memintanya untuk merujuk kepada pasukan Pemadam Kebakaran (Damkar) di bandar tersebut.

01h6nb36jjwttneywzc3fr1t78

Tangkap layar video menunjukkan usaha dibuat oleh anggota Damkar bagi memotong tin biskut tersebut untuk dikeluarkan daripada tersekat di kepala Muhammad. — Agensi

Usaha untuk mengeluarkan bekas tersebut dari kepala kanak-kanak itu juga agak mencabar dan dilakukan dengan berhati-hati kerana dibimbangi menyebabkan mangsa tercedera.

Antara alat digunakan bagi mengeluarkan tin tersebut daripada kepala Muhammad ialah mesin pengisar eletrik bersaiz kecil dan senduk.

Menerusi video dikongsikan mengenai tindakan menyelamat itu, Muhammad juga dilihat menjerit dan menangis kesakitan dipercayai terkena tin biskut tersebut.

"Alhamdulillah proses penyelamatan berhasil dilaksanakan dalam waktu lebih kurang 10 minit," jelas kenyataan rasmi daripada Damkar Tasikmalaya pada Isnin. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram