[VIDEO] Tak puas hati kena pakai kondom, lelaki tergamak bunuh pasangan 'blind date'


  • Benua
  • Ahad, 16 Jul 2023

Tangkap layar suspek yang didapati bersembunyi dalam hutan dua jam selepas kejadian pembunuhan.

HANYA gara-gara enggan menggunakan alat pencegah kehamilan atau kondom ketika melakukan hubungan intim, seorang lelaki sanggup membunuh wanita yang baru dikenalinya.

Kejadian tersebut berlaku di Jalan Kenanga, Desa Landasan Ulin Timur, Kecamatan Landasan Ulin, Kota Banjarbar, Indonesia sekitar pukul 4 pagi, pada Khamis.

Suspek bernama Misran, 25, dipercayai menemui dan berbual-bual dengan mangsa yang juga seorang pekerja seks, sebelum kedua-duanya bersetuju untuk melakukan hubungan intim pada hari kejadian.

“Pada mulanya, suspek datang berbual dengan mangsa dan serta-merta bersetuju melakukan perhubungan tersebut.

"Selepas masuk ke dalam bilik, mangsa menyuruh Misran menggunakan kondom, namun permintaan tersebut ditolak pada awalnya.

"Namun selepas menggunakan kondom seperti yang diminta, suspek difahamkan tiba-tiba menanggalkannya sendiri, seterusnya menimbulkan kekecohan," kata pegawai polis yang menguruskan kes tersebut.

Dalam kekecohan tersebut, Misran dipercayai telah menumbuk rahang, mencekik dan membunuh mangsa hingga meninggal dunia di tempat kejadian.

Suspek kemudian ditemui bersembunyi dalam hutan dua jam selepas kejadian, dan dia difahamkan bakal menerima hukuman penjara selama 15 tahun. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram