[VIDEO] Demi ole-ole Tanah Suci, jemaah haji sanggup pakai baju 15 lapis elak bagasi lebih muatan di lapangan terbang


  • Benua
  • Selasa, 11 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan jemaah wanita dari Makassar, Indonesia mengira jumlah pakaian yang dipakainya untuk membawa buah tangan dari Mekah dalam beg bagasinya.

MUSIM ibadah haji baru sahaja melabuhkan tirai dan kesemua jemaah telah pulang ke tanah air masing-masing selepas menjalankan ibadah rukun kelima di Tanah Suci Mekah.

Namun terdapat segelintir jemaah haji yang dilihat cuba menjadi kreatif untuk membawa balik buah tangan dari Tanah Suci itu tanpa memenuhkan bagasi mereka.

Tular sebuah video memaparkan salah seorang jemaah wanita dari Makassar, Indonesia sanggup memakai beberapa lapis pakaian demi membawa pulang buah tangan dari Mekah.

Video berdurasi 48 saat menunjukkan wanita tersebut menyelak helaian-helaian pakaiannya dan memaklumkan dia memakai sebanyak 15 helai baju termasuk tudung dan seluar.

"Semuanya 15 helai, ini pun ada lagi baju yang ditinggalkan di sana (Mekah)," katanya dalam video tersebut

Difahamkan syarikat penerbangan Saudia Airlines dan Garuda Indonesia hanya membenarkan kapasiti maksimum bagasi seberat 32 kilogram (kg) dan tujuh kilogram boleh dibawa masuk ke dalam kapal terbang.

Dalam pada itu, video tular itu turut mendapat perhatian warganet yang rata-rata memuji kreativiti wanita tersebut selain berasa aneh dengan tindakan individu terbabit.

"Ini tips travelling, lagi bagus daripada membeli beg bagasi," sindir @orochimaru.

"Belanja sakan ketika lakukan ibadah haji, entah niatnya (mahu) beribadah atau shopping," kata @zaa_darr209. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram