[VIDEO] Ramai tertanya-tanya, macam mana boleh ternak babi dan ayam sebumbung di P. Pinang?


  • Tular
  • Selasa, 11 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan ayam dan khinzir diternak agak dekat sesama kandang dipercayai di sebuah ladang di Pulau Pinang.

KECOH satu video memaparkan satu ladang yang menternak ayam dan khinzir dipercayai di Pulau Pinang yang tular sejak Ahad.

Kegiatan tersebut dibongkar oleh Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang, Sophian Mohd Zain menerusi akaun TikTok @sophianmohdzain7 yang memuat naik kandungan tersebut pada Ahad.

Klip video berdurasi 23 saat itu memaparkan sebaris kandang ayam diletakkan agak hampir dengan kandang babi di lokasi tersebut.

Bagaimanapun, lokasi sebenar kandang tersebut tidak dinyatakan dalam video terbabit. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

MENYUSUL...