Kelar leher dan tarik usus macam tiada perasaan, polis dedah lelaki 'kebal' rupanya ada masalah mental


  • 112
  • Isnin, 03 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki berada dalam longkang dengan ususnya terkeluar daripada perut di depan sebuah restoran di Taman Suria pada Khamis.

SEORANG lelaki dipercayai kurang waras bertindak menarik keluar usus daripada perutnya, malah mengelar lehernya sendiri seolah-olah tidak merasakan sebarang kesakitan di hadapan sebuah restoran di Taman Suria, Johor Bahru, Johor pada Khamis.

Kejadian yang dirakam oleh orang awam itu memaparkan individu terbabit berada di dalam longkang di kawasan tersebut sedang menarik keluar usus daripada perutnya sebelum keluar daripada saliran dan terbaring di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung video kejadian berdurasi 52 saat yang tular di media sosial, pada pukul 9.02 pagi Ahad.

Menurutnya, lelaki warga tempatan berusia 32 tahun itu cuba mencederakan diri dengan menikam perut dan mengelar lehernya menggunakan pisau.

"Hasil siasatan polis dan pemeriksaan doktor yang merawat lelaki itu mengesyaki kejadian berlaku kerana dia dalam keadaan tidak stabil dan mengalami masalah psikiatri," katanya pada kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Raub berkata, lelaki berkenaan dirujuk kepada pakar psikiatri Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, Johor bagi mendapatkan rawatan lanjut. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram