[VIDEO] 'Saya tak mahu bayar', pemandu sound tepat ulat tiket warga asing caj RM10 parking kereta di Bukit Bintang


  • Tular
  • Isnin, 03 Jul 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing mengenakan bayaran caj tempat letak kenderaan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

LAGI kes ulat tiket di Bukit Bintang, Kuala Lumpur apabila kali ini melibatkan individu dipercayai warga asing mengenakan caj parkir kereta sebanyak RM10 di sekitar kawasan berkenaan.

Kejadian tersebut dirakam oleh mangsa ketika dia didekati oleh seorang lelaki yang meminta bayaran untuk tempat letak kenderaan tersebut.

Namun mangsa berkeras untuk tidak membayar caj tersebut dan bertindak mengugut individu terbabit dengan memanggil polis.

"Saya tak mahu bayar. Kalau tidak (benarkan pergi), saya panggil polis 'angkat' (tangkap) you.

"Nanti saya panggil Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) okey," katanya dalam video tersebut sebelum lelaki terbabit beredar daripada lokasi tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet hairan dengan golongan berkenaan yang seolah-olah tidak takut dengan undang-undang negara.

Malah ada yang mendakwa mereka 'berkawan baik' dengan pihak polis dan ia memudahkan golongan terbabit terus berpeleseran di kawasan tersebut untuk mencari wang hasil daripada tempat letak kenderaan.

"Penguat kuasa sudah tahu, kawtin sudah mana mahu ambil tindakan. Ronda-ronda waktu malam pun mana ada peduli," kata @rider_life4ever.

"Ramai ulat parking ini polis trafik jaga. Mari datang ke Tun Razak Exchange (TRX). Ulat parking ramai, lepas itu cuba survei sana mesti ada polis datang kutip (tangkap)," kata @tmkhairul.

Majoriti sebelum ini pernah melaporkan kes sama melibatkan seorang wanita warga tempatan dipercayai ulat parkir mengenakan caj parkir kenderaan di Damascus, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Video tular berkenaan memaparkan perempuan itu meminta bayaran RM5 terhadap pemandu yang meletakkan kenderaan di sekitar bahu jalan kawasan tersebut. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram