[VIDEO] Baru saja kehilangan ibu bapa, pemandu beca runtun jiwa rumah musnah dalam kebakaran


  • Benua
  • Khamis, 29 Jun 2023

Nasir (gambar kiri) dilihat tidak dapat menahan kesedihan apabila melihat rumahnya ranap terbakar ketika baru pulang dari kerja.

SEORANG pemandu beca berhadapan detik memilukan sebaik pulang daripada kerja selepas melihat rumah miliknya ranap dalam kebakaran.

Nasib menimpa individu dikenali sebagai Nasir itu tular di sosial media sejak Khamis selepas terdapat video memaparkan reaksinya sebaik sampai di rumah dan menyaksikan kemusnahan terhadap kediamannya yang terletak di Kabupaten Barru, Sulawesi Selatan, Indonesia itu.

Dalam klip berdurasi 38 saat tersebut, Nasir dilihat turun dari becanya dan hanya mampu terdiam sebelum berlari menuju ke kumpulan penduduk yang berkumpul betul-betul di hadapan rumahnya.

WhatsApp Image 2023-06-29 at 7.11.50 PM

Penduduk dilihat cuba menenangkan Nasir (kanan) yang masih terkejut melihat keadaan rumahnya selepas musnah dalam kebakaran.

Beberapa orang penduduk didapati cuba menenangkannya yang ketika itu berada dalam keadaan amat sedih dengan insiden yang terjadi.

Difahamkan, Nasir baru sahaja kehilangan kedua ibu bapanya yang turut tinggal bersamanya di rumah berkenaan.

“Dia belum berkahwin kerana separuh daripada hidupnya digunakan untuk menjaga ibu bapanya.

"Ibu bapanya baru sahaja meninggal dunia baru-baru ini,” tulis salah seorang warganet di ruangan komen yang dipercayai mempunyai maklumat lanjut berkenaan latar belakang Nasir.

Tiada sebarang harta bendanya berjaya diselamatkan orang ramai dari rumah berkenaan dalam kebakaran tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram