[VIDEO] Tak sempat fikir, 4 penjaga kaunter lari bertempiaran macam lipas kudung diserang lelaki mental


  • Benua
  • Jumaat, 23 Jun 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki (kiri) dipercayai gila menyerang empat pekerja wanita menggunakan batang kayu di Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia pada Khamis.

EMPAT wanita yang berkerja sebagai penjaga kaunter di sebuah kedai di bandar Parepare, Sulawesi Selatan, Indonesia berdepan detik cemas apabila diserang oleh seorang lelaki tidak dikenali pada Khamis malam.

Kejadian terbabit dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan mangsa-mangsa berkenaan berada di belakang kaunter sedang sibuk berbual di kaunter berkenaan sebelum kejadian berlaku.

Tidak lama kemudian, mereka tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang berlari ke arah kaunter dan bertindak menyerang mangsa-mangsa menggunakan objek panjang dipercayai kayu.

Video berdurasi 17 saat itu turut memaparkan wanita-wanita berkenaan menjerit ketakutan dan melarikan diri daripada kaunter tersebut melalui pintu berdekatan mereka.

Sementara itu, anggota polis Parepare, Muh Iqbal memaklumkan pihaksnya segera bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima maklumat kejadian daripada kumpulan WhatsApp.

Katanya setibanya di lokasi kejadian, lelaki terbabit dibawa ke Balai Polis Parepare untuk ditenangkan oleh pihak polis.

"Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan sama ada suspek mempunyai masalah jiwa atau sebaliknya. Kes masih dalam siasatan," katanya.

Muh Iqbal turut memaklumkan suspek datang dari Kabupaten Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia dan sering mengutip barang-barang terbuang. Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram