[VIDEO] Pensyarah universiti meninggal, tiba-tiba rebah ketika tunai solat subuh


  • Benua
  • Khamis, 01 Jun 2023

Tangkap layar insiden kematian melibatkan seorang pensyarah universiti yang rebah ketika menunaikan solat subuh di Masjid Darun Naim, Makassar. — Agensi

SEORANG pensyarah Fakulti Perhutanan, Universiti Hasanuddin (Unhas) Makassar, Indonesia dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menunaikan solat subuh secara berjemaah di Masjid Darun Naim, Makassar pada Selasa.

Pensyarah dikenali sebagai Budiman Bahtiar, 64, meninggal dunia ketika menunaikan solat sunat semasa dalam posisi tahiyat akhir.

Insiden itu sempat dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di masjid berkenaan.

Budiman terkenal sebagai seorang yang bersopan santun dan pendiam.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua RT 01 RW 03, Perumnas Antang Baharudin, yang menjelaskan Budiman yang juga dikenali dengan panggilan Budi sudah lama tinggal di kompleks perumahan itu dan memang berperwatakan pendiam.

"Budiman orangnya sangat pendiam, sangat sopan," ujar Baharudin.

"Maksud diam bukan bermakna orang yang tidak bertegur sapa, tetapi dia memang hanya bercakap apabila perlu sahaja,” ujarnya.

photo1685583690

Tangkap layar insiden kematian melibatkan seorang pensyarah universiti yang rebah ketika menunaikan solat subuh di Masjid Darun Naim. — Agensi

Baharuddin berkata, penduduk kampung sebelum ini pernah terlihat Budi mencari kucing di sekitar kompleks berkenaan dalam keadaan menggigil.

"Kebetulan ketika itu dia di hadapan rumah salah seorang penduduk dan kelihatan sangat letih. Ketika dibantu, dia memberitahu kalau ada ternampak kucing, maklumkan kepadanya segera," katanya.

Selepas itu, dia dihantar pulang untuk berehat di rumahnya dan kejadian itu berlaku sehari sebelum dia meninggal dunia," tambahnya.

Sementara itu, penjaga masjid Darun Naim, Muhammad Gazali Suyuti berkata, Budi merupakan antara jemaah yang aktif solat berjemaah di masjid tersebut.

"Setahu saya dia sihat dan selalu solat subuh, jarang sekali dia terlepas solat di sini," kata Gazali.

Tribun Timur melaporkan, Budi meninggal dipercayai kerana dipercayai menderita sakit jantung. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram