SAMBIL menyelam minum air, sekumpulan penyanyi jalanan sempat mencuri telefon pintar ketika menyanyi di sebuah kedai martabak di Jawa Barat, Indonesia pada Isnin.
Kegiatan tersebut bagaimanapun dirakam menerusi kamera litar tertutup premis berkenaan memaparkan tiga orang lelaki datang ke kedai tersebut untuk meminta sedekah.
Menerusi video tular berdurasi 27 saat itu, seorang lelaki bermain gitar sambil menyanyikan sebuah lagu, manakala dua lagi lelaki duduk di luar premis tersebut.
Semasa lelaki itu menyanyi, dia yang terlihat sebuah telefon pintar di kaunter kedai tersebut bertindak mencurinya sebelum individu dipercayai pemilik kedai datang memberikan wang kepada mereka dan segera meninggalkan premis tersebut.
Sementara itu, video tersebut turut mendapat pelbagai reaksi warganet berang dengan sekumpulan pencuri tersebut yang tetap mencuri barang dari kedai tersebut walaupun wang sedekah sudah diberi.
"Sudah berikan wang, tapi telefonnya masih diambil. Jahatnya," kata @_hooppyy.
"Aku 100 peratus kurang percaya dengan frasa 'jangan menilai orang daripada luarannya', lihatlah penampilannya sama buruk dengan kelakuannya," kata @bens_sitorus. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram