[VIDEO] Penampakan kelibat putih didakwa hantu gemparkan staf hospital Indonesia


  • Benua
  • Isnin, 29 Mei 2023

Tangkap layar video tular penampakan kelibat putih tersebut di sebuah hospital di Indonesia.

TULAR satu video mengejutkan di media sosial memaparkan kelibat berwarna putih bergerak berdekatan katil pesakit di sebuah hospital di Indonesia.

Kejadian menyeramkan itu disedari oleh staf hospital berkenaan selepas ia dirakam daripada kamera litar tertutup (CCTV).

Pada permulaan klip tersebut, bilik rawatan berkenaan dilihat berada dalam keadaan sunyi dengan terdapat lampu masih menyala menerangi wad yang dipisahkan langsir berwarna hijau.

Namun tidak lama kemudian, muncul satu entiti lutsinar berwarna putih dilihat berjalan masuk ke salah sebuah ruangan pesakit.

Setelah masuk seketika ke ruangan berkenaan, bayangan putih itu kemudian dilihat keluar dari bilik tersebut dan berdiri di hadapan tirai yang memisahkan bilik pesakit itu sebelum hilang.

Video kelibat didakwa hantu itu tular sejak Sabtu dan menerima pelbagai komen daripada warganet.

Selain ramai percaya bahawa ia merupakan penampakan hantu atau roh, terdapat juga pihak berpandangan kelibat itu hanyalah biasan cahaya lampu yang berada di kawasan sekitar wad tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram