Ubat depresi, rawatan psikoterapi antara cara atasi serangan panik


Kejadian serangan panik yang berlaku kepada selebriti, Maya Karin ketika di hadapan jutaan penonton secara tidak langsung membuka mata banyak pihak tentang gangguan kesihatan itu.

RASA takut dan gelisah secara berlebihan mampu berlaku tanpa mengira masa mahupun situasi dipanggil serangan panik atau panic attack.

Keadaan ini mampu berlaku sekitar beberapa minit atau jam. Apabila perkara ini berlaku, degupan jantung seseorang akan menjadi lebih pantas, sesak nafas, pening, otot tegang dan gementar.

Situasi begitu yang dialami oleh pelakon jelita, Maya Karin ketika dia mengalami serangan panik sewaktu menyampaikan anugerah di Festiva Filem Malaysia ke-32 (FFM32) Encore Melaka pada Jumaat.

Tindakan bijak pelakon Waris Jari Hantu itu menanggalkan kasut dan mengawal penafasan merupakan disifatkan sebagai salah satu teknik yang baik oleh Public Health Malaysia.

Punca serangan panik

Sementara itu, memetik Alo Doktor, ketika serangan panik berlaku, sistem saraf akan memberi respon untuk melawan atau menghindari antara satu sama lain.

Tubuh akan menghasilkan adrenalin yang mengakibatkan jantung berdegup dengan cepat.

Perkara ini mampu berlaku tanpa diduga seperti sedang menonton televisyen atau tertidur.

Terdapat beberapa faktor yang boleh mengakibatkan perkara ini berlaku:

Tekanan

Stres berlanjutan menyebabkan tubuh menghasilakan zat kimia, adrenalin dengan banyak sehingga boleh mengakibatkan individu berasa tertekan.

Trauma

Pengalaman lampau yang membuatkan seseorang berasa tertekan sehingga mengalami kesukaran untuk mengawal fikiran.

Perubahan

Peralihan suasana secara tiba-tiba seperti berada di lingkungan sesak atau berada di hadapan orang ramai secara tiba-tiba.

Begitu juga dengan perubahan dalam kehidupan tidak mengira sama ada status atau keadaan kewangan.

Beberapa penyebab lain yang berkemungkinan akan mengakibatkan serangan panik antara, melakukan aktiviti fizikal terlalu berat, faktor genetik atau pengambilan kafein berlebihan.

Gejala yang dialami;

  • Berpeluh secara berlebihan.
  • Gelisah dan takut berlebihan.
  • Otot tegang dan badan menggigil.
  • Sesak nafas dan sakit dada.
  • Sakit kepala dan pening

Cara untuk merawat

Portrait of young Asian lady with negative expression, excited screaming, crying emotional angry in casual clothing and looking at the camera over yellow background. Facial expression concept.

Individu yang mengalami serangan panik perlu mendapatkan rawatan pakar perubatan.

Bagaimanapun ada beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan gangguan serangan panik.

Cuba bernafas dengan perlahan. Menarik nafas dan menghembus nafas secara perlahan-lahan.

Menghentakkan kaki bagi membantu agar pernafasan lebih lancar.

Gunakan teknik grounding iaitu fokus kepada lingkungan persekitaran semasa dan lupakan perkara negatif.

Dalam pada itu pengambilan ubat-ubatan juga boleh diambil bagi membantu untuk membendung ganggunan panik yang dialami.

Ubat yang diberikan sama dengan ubat yang diamalkan oleh pesakit depresi antaranya seperti, fluoxetine, paroxitine, sertraline, venlafaxine, alprazolam dan clanazepam.

Rawatan psikoterapi antara solusi yang boleh dilakukan bagi membantu pesakit mengatasi masalah serangan panik.

Pencegahan serangan panik

Tiada cara khusus untuk mencegah serangan atau gangguan panik. Selain daripada kesedaran diri sendiri pesakit perlu dirujuk doktor.

Selain itu ada beberapa cara pencegahan serangan panik yang dapat dilakukan secara mandiri seperti teknik pernafasan, mengawal pengambilan makanan yang mengandungi gula tinggi, tidak merokok dan dapatkan rehat yang cukup. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram