DI Turkiye, pusat mengundi menyaksikan kehadiran bukan sahaja orang ramai membuang undi, malah beberapa lagi entiti lain yang turut mewarnai musim pilihan raya di negara tersebut.
Tular satu video pada Ahad menunjukkan kehadiran seorang wanita di salah satu pusat pembuangan undi bersama kambing peliharaannya.
Haiwan tersebut bukan sahaja menunggu di luar, malah turut dibenarkan mengekori wanita itu ke dalam bilik mengundi di pusat berkenaan.
Kambing terbabit dilihat tidak mencetuskan sebarang masalah ketika berada di kawasan tersebut dengan ia didapati patuh mengikut wanita tersebut termasuk dengan bergerak mengekorinya untuk keluar dari pusat mengundi itu.
"Seorang pengundi Turki yang pergi mengundi dengan kambingnya," tulis ciapan di hantaran video berkenaan yang mendapat hampir 2,000 tontonan di Twitter.
Memberi ciapan balas terhadap hantaran itu, seorang pengguna Twitter menulis, "Mohon banyakkan kandungan berkenaan seperti ini."
Seorang lagi pengguna lain berkata, "Ia merupakan pasukan sokongan yang sebenar!".
Erdogan (kanan) ketika meraikan kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden Turkiye pada Isnin. — Twitter/RecepTayyipErdogan
Dalam pada itu, Recep Tayyip Erdogan dipilih semula sebagai Presiden Turkiye selepas beliau dilaporkan berjaya memenangi pusingan kedua pilihan raya presiden negara itu.
Berkongsikan kejayaan itu di ciapan Twitternya, Erdogan pada Isnin berkata, "Semoga kita mempunyai sebuah negara yang memberikan kita satu lagi kemenangan. Selamat mencapai usia seabad untuk Turkiye.
"Tahniah atas kemenangan besar bagi Turkiye," tulisnya.
A voter accompanied by her goat at a vote centre in Istanbul. #TurkeyElections pic.twitter.com/QnbuO5rIJu
— Omair Anas (@omairanas) May 28, 2023
Beberapa pemimpin di seluruh dunia turut mengucapkan tahniah kepada pemimpin Turki itu, termasuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Perdana Menteri India, Narendra Modi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram