[VIDEO] Erdogan hubungi PM Anwar bincang krisis Sudan dan pilihanraya


  • Primer
  • Selasa, 25 Apr 2023

Tangkap layar Anwar menerima panggilan dari Presiden Republik, Turkiye Recep Tayyip Erdogan.

PRESIDEN Turkiye Recep Tayyip Erdogan menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Kedua-dua pemimpin itu saling berbalas ucapan sambutan Aidilfitri sambil berbincang mengenai beberapa perkara termasuk pengukuhan hubungan Malaysia-Turkiye.

“Menerima panggilan telefon daripada Presiden Republik, Turkiye Recep Tayyip Erdogan semalam sambil kedua kami berbalas ucapan Aidilfitri Mubarak.

“Kami menegaskan isu-isu hubungan dua hala Malaysia-Turkiye, isu-isu antarabangsa termasuk perkembangan krisis politik di Tunisia, selain perkembangan terkini mengenai pergolakan di Sudan,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Selasa.

Pada masa sama, Anwar berkata, beliau juga mengambil maklum Turkiye kini sedang dalam proses persediaan untuk menghadapi pilihanraya tidak lama lagi.

Anwar turut memaklumkan pihaknya sedang cuba mengeluarkan rakyat Malaysia yang terperangkap di Sudan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram