SEORANG pembantu rumah diberkas polis selepas perbuatannya membuang air kecil di dalam sebuah baldi dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Menerusi rakaman CCTV, insiden itu dipercayai berlaku pada Rabu sekitar pukul 12.24 tengah hari.
Kejadian yang berlaku di Persatuan Rumah Ajnara di Greater Noid, India itu membabitkan pembantu rumah bernama Sabeena Khatun.
Video tular tersebut menunjukkan wanita yang berpakaian sari berwarna merah jambu duduk di atas baldi bersebelahan meja makan, sebelum didakwa membuang air kecil di dalamnya.
Lebih mengejutkan, dia dilihat menggunakan air yang sama untuk membersihkan lantai rumah majikannya.
Sebaik mengetahui tentang rakaman tersebut, pemilik rumah itu segera membuat aduan di balai polis Bisrakh.
Susulan kejadian itu, pihak polis segera bertindak menahan Sabeena.
Insiden berkenaan mencetuskan gelombang kemarahan di platform media sosial apabila video mengejutkan itu tersebar secara meluas.
"Apa yang sedang berlaku dalam negara kita? Kejadian sama pernah berlaku di Telengana," kata Satyanarayana.
"Apa berlaku sekiranya dia kencing atas makanan yang sudah dimasak?" soal Mahen. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram