Pekerja tertua di AS tetap bertugas 7 hari seminggu pada usia cecah 98 tahun


  • Benua
  • Ahad, 21 Mei 2023

Joe ketika bekerja di kilang syarikatnya yang beroperasi Chicago, AS. — Agensi

BEKERJA di lewat usia bukanlah menjadi pilihan utama bagi kebanyakan orang.

Apatah lagi, sekiranya pekerjaan tersebut memerlukannya untuk melakukan tugas setiap hari sepanjang minggu

Namun begitu, lain pula ceritanya dengan seorang lelaki di Chicago, Amerika Syarikat (AS) selepas kisahnya mula tular apabila dia masih menghabiskan hidupnya dengan bekerja tujuh hari semingu meskipun sudah berusia 98 tahun.

Joe Grier yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya pada 9 Mei lalu dipercayai merupakan antara pekerja sepenuh masa tertua di negara tersebut.

Dia yang ketika ini bekerja di syarikat pembuatan, Victory turut berkongsikan mengenai etika kerja yang membuatkannya terus hadir setiap hari di tempat kerjanya menerusi satu temu bual bersama Fox 32 Chicago baru-baru ini.

agensi 2

Joe ketika menyambut ulang tahunnya ke-98 baru-baru ini. — Agensi

"Ia membuatkan saya berasa lebih baik.

"Dengan bekerja, saya berupaya terus membina hubungan dengan kebiasaanya yang saya dah lakukan sejak sekian lama,” kata Grier.

Mengulas mengenai rahsianya untuk mempunyai umur panjang, Joe berkata, adalah amat penting untuk dirinya mengawal pemikiran sendiri, di samping turut memiliki perspektif positif tentang masalah harian dihadapi.

"Ia adalah cara anda melihat masalah tersebut dan bagaimana kemudiannya anda menguruskannya sehingga mengubahnya menjadi bukan lagi masalah," jelasnya.

Joe menekankan bahawa memiliki sikap positif adalah sebab utama dia boleh ketawa dengan "banyak" dan menyatakan perbuatan itu adalah perkara yang sangat "mudah" untuk dilakukan.

Dia turut mengakui bahawa sikap seharian mungkin ada kaitan dengan usianya, sambil menambah: "Mungkin kerana tempoh hidup saya yang panjang dan pengalaman yang saya alami kebanyakannya perkara lucu."

Presiden Victory, Eric Priceman, turut memberikan pujian kepada Joe yang sentiasa memberikan sokongan terhadap pasukannya di syarikat itu dan menjadi "mentor" kepada mereka.

WhatsApp Image 2023-05-21 at 3.41.32 PM

Joe berkata, adalah penting untuk memiliki sikap positif khususnya ketia berhadapan dengan masalah yang berlaku dala kehidupan seharian. — Agensi

"Dia adalah seseorang yang telah berada di sini untuk sekian lama dan mengajar kami segala-galanya," jelas Eric.

Ini bukan kali pertama Joe bercerita mengenai kisahnya.

Semasa temu bual dengan Fox 32 pada Julai 2020, dia bercakap mengenai tugasnya yang bekerja tujuh hari seminggu semasa pandemik Covid-19 dan bergurau bahawa ini adalah masa yang "mencukupi" untuknya.

Berita itu melaporkan bahawa sepanjang penyebaran wabak berkenaan , Joe masih terus pergi ke kilang untuk melatih rakan kerja baharunya.

Dia juga terus bekerja di syarikat itu meskipun beberapa jentera digunakan telah melalui beberapa proses penambahbaikan.

Joe menjelaskan bahawa kerana tempoh bekerjanya yang sudah agak panjang, dia tidak berasa gementar apabila timbul masalah yang berbeza terhadap jentera yang digunakan.

"Apa sahaja yang timbul, saya sudah pun melaluinya," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram