[VIDEO] Asyik cuci baju tepi sungai, ibu cemas anak menjerit diseret buaya 10 meter


  • Benua
  • Sabtu, 20 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan penduduk bergelut bagi menyelamatkan kedua-dua beranak itu daripada serangan buaya berkenaan.

SEORANG ibu dan anak di Labuhanbatu Utara, Indonesia mengalami detik ngeri selepas mereka diserang seekor buaya ketika sedang mencuci pakaian di tepi sungai.

Menurut pegawai polis daerah tersebut, Jhony Pasaribu, dalam kejadian pada pagi Khamis itu, Raminten, 38, sedang membasuh pakaian manakala anaknya Kaisyah, 9, pula bermain dan mandi di sungai terbabit.

Bagaimanapun, Raminten kemudian mendengar anaknya menjerit sebelum melihat kaki Kaisyah sudah digigit seekor buaya.

Cubaannya untuk membantu anaknya menyebabkan buaya tersebut mengheret mangsa sejauh kira-kira 10 meter.

WhatsApp Image 2023-05-20 at 7.31.28 PM

Buaya berkenaan kemudiannya berjaya ditangkap oleh penduduk sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

"Jadi, semasa mencuci, buaya itu menggigit kaki anaknya, kemudian ibunya cuba membantu anaknya. Dari tempat cucian, dia diseret kira-kira lebih 10 meter," kata Jhony.

Cubaan Raminten untuk menyelamatkan anaknya turut menyebabkan dirinya, digigit buaya itu.

Dia juga menjerit meminta bagi meminta bantuan penduduk yang berada di sekitar sungai itu tampil datang membantu.

Kedua-dua beranak itu bernasib baik kerana berjaya diselamatkan dengan bantuan orang ramai namun mereka tetap menanggung kecederaan akibat digigit buaya.

Mangsa dibawa ke pusat kesihatan berdekatan sebelum kemudiannya dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, buaya yang menggigit Raminten dan anaknya berjaya ditangkap penduduk sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan.

Buaya terbabit seterusnya diserahkan kepada pihak berkuasa untuk diuruskan supaya kejadian serupa tidak berulang kembali di kawasan tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram