[VIDEO] OKU berdoa guna bahasa isyarat suntik keinsafan, bagaikan peringatan buat umat Islam


  • Benua
  • Jumaat, 19 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan seorang lelaki berdoa menggunakan bahasa isyarat selepas menunaikan solat.

ADA banyak cara untuk kita berdoa kepada ALLAH dalam pelbagai situasi tidak kira selepas solat ataupun sebelum memulakan kehidupan seharian.

Malah selalunya doa tersebut dilafazkan ataupun kadangkala sekadar dibaca dalam hati.

Namun tidak semua orang mampu melafazkan doanya secara lisan dengan jelas, terutamanya bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) bisu.

Sebuah video tular di Twitter memaparkan seorang lelaki dipercayai bisu menggunakan bahasa isyarat untuk memanjatkan doa kepada ALLAH dipercayai selepas menunaikan solat.

Video berdurasi 21 saat itu mendapat perhatian warganet yang tersentuh dan insaf dengan perlakuan tersebut, malah mendoakan agar doa individu tersebut dimakbulkan.

"Ya ALLAH, terimalah doa lelaki itu dengan penuh rahmah. Usahanya sangat menyentuh hati dan jadi satu peringatan kepada kita semua," kata @Layla_Begum_Ali.

@AishaHousssein pula memuji pihak berkongsi video tersebut di media sosial sebagai satu perkongsian yang menginsafkan umat Islam.

"Semoga ALLAH menerima doanya. Siapa yang merakam video tersebut pasti doanya akan termakbul juga. Terima kasih kerana berkongsi video ini," katanya. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

tular, doa bahasa isyarat, makbulkan doa, OKU