[VIDEO] Misil supersonik Rusia musnahkan Patriot buatan AS bernilai RM4.5 bilion, tapi ditepis Ukraine


  • Benua
  • Rabu, 17 Mei 2023

Tangkap layar video memaparkan sistem pertahanan Patriot yang sedang beroperasi bagi menangani serangan udara Rusia pada Selasa.

RUSIA mendakwa tenteranya berjaya memusnahkan sistem pertahanan udara Amerika Syarikat (AS) dalam satu serangan bom udara terbaharunya di ibu negara Ukraine.

Jurucakap kementerian pertahanan Moscow, Igor Konashenkov berkata, struktur sistem peluru berpandu anti-pesawat, Patriot dibekalkan AS dimusnahkan oleh sistem peluru berpandu hipersonik milik Rusia, Kinzhal.

Patriot bernilai sekitar £800.8 juta (RM4.5 bilion) sebelum ini membantu menembak jatuh enam peluru berpandu hipersonik Rusia.

Kyiv ketika ini dilindungi sekurang-kurangnya dua sistem Patriot, dengan salah satu dariada daripadanya dibekalkan oleh Jerman.

Sebelum ini, Ukraine yang juga bekas negara di bawah Soviet Union (USSR) itu dijanjikan dengan bekalan sebanyak empat buah patriot.

Sistem pertahanan tersebut berupaya menjejaki beberapa sasaran dalam tempoh waktu sama dan boleh menumpaskan peluru berpandu hipersonik yang bergerak pada kelajuan lebih 6,000 kilometer sejam.

Serangan udara baharu dilakukan Rusia pada pukul 3 pagi Selasa itu mengejutkan penduduk di Kyiv yang merupakan ibu negara Ukraine.

FILE PHOTO: Serviceman patrols in front of the Patriot air defence system during Polish military training on the missile systems at the airport in Warsaw, Poland February 7, 2023. REUTERS/Kacper Pempel

Anggota perkhidmatan berkawal di hadapan sistem pertahanan udara Patriot semasa latihan ketenteraan Poland mengenai sistem peluru berpandu di lapangan terbang di Warsaw, Poland pada 7 Februari 2023. — Reuters

Di sebalik dakwaan dibuat Moscow berkenaan kejayaan serangan tersebut, ketua komander angkatan tentera Ukraine berkata, semua peluru berpandu udara udara Rusia dapat dipintas.

Ketua tentera lain di Kyiv kelihatan menafikan dakwaan dibuat oleh sekutu Vladimir Putin yang merupakan Presiden Rusia.

Jurucakap Tentera Udara Ukraine, Kolonel Yurii Ihnat berkata: "Anda lihat berapa banyak (peluru berpandu Dagger) yang mereka lancarkan di ibu negara, itulah sebabnya Kyiv dilindungi alat pertahanan udara yang.

"Apa yang paling penting ialah semua peluru berpandu yang dihalakan ke Kyiv telah musnah."

Bagaimanapun, Kyiv tidak memberikan komen rasmi berkenaan dakwaan kemusnahan Patriot yang didakwa Rusia.

Seorang pegawai di Washington memberitahu CNN bahawa bateri Patriot berkemungkinan rosak, tetapi tidak sehingga membawa kepada kemusnahannya semasa serangan udara terbabit.

Tidak dapat dipastikan sama ada sistem pertahanan itu boleh dibaiki di dalam negara atau ia perlu ditarik balik sepenuhnya daripada digunakan.

Rusia dilaporkan menembak sejumlah enam peluru berpandu hipersonik Kinzhal, sembilan peluru berpandu jelajah Kalibr, enam dron kamikaze Shahed, tiga dron peninjau dan tiga peluru berpandu balistik dari S-400.

Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko mendedahkan tiga orang cedera semasa serangan Selasa.

Rakaman dikongsi di media sosial kelihatan menunjukkan detik-detik sistem peluru berpandu permukaan ke udara dipercayai Patriot menembak lebih 20 kali dalam masa dua minit.

Bagaimanapun, struktur sistem berkenaan kemudiannya dilihat meletup sehingga menyebabkab tiada lagi roket dilancarkan daripada teknologi senjata berkenaan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram