Malaysia jatuh ke tangga ke-3 indeks kapitalisme kroni, Rusia dan Republik Czech mendahului carta


  • Bizz
  • Khamis, 11 Mei 2023

Malaysia antara 43 negara dalam indeks kapitalisme kroni masing-masing dengan KDNK melebihi AS$250 bilion (RM1.11bilion).  — Gambar hiasan.

MALAYSIA jatuh dari kedudukan kedua ke tangga ketiga dalam indeks kapitalisme kroni tahun ini yang ditetapkan oleh akhbar The Economist , manakala Singapura pula dari tempat ketiga ke tempat keempat, dari 2021.

Indeks tersebut menamakan Rusia teratas dalam kapitalisme kroni di seluruh dunia, dengan Republik Czech menduduki tempat kedua.

Akhbar mingguan Britain itu mengira indeks berdasarkan sama ada kehidupan dalam ekonomi kapitalis mudah dipengaruhi oleh kapitalisme kroni atau sebaliknya.

Indeks itu menyenaraikan 43 negara masing-masing dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) melebihi AS$250 bilion (RM1.11bilion) dan menganggarkan jumlah keuntungan plutokrat daripada industri 'rent-seeking' yang mendapat manfaat daripada pilih kasih oleh kerajaan.

Industri 'rent-seeking' adalah amalan mempengaruhi dasar awam sebagai strategi keuntungan.

The Economist memperoleh indeks daripada data digunakan oleh Forbes, yang mengeluarkan senarai tahunan orang terkaya di dunia.

Forbes menyenaraikan 2,640 jutawan dengan jumlah kekayaan AS$12 trilion (RM53.49 trilion), tetapi kebanyakan mereka tidak beroperasi dalam sektor industri berkenaan.

Majalah The Economist kemudiannya mengklasifikasikan sumber kekayaan kepada sektor 'rent-seeking' dan sebaliknya.

Pihak tersebut turut memaklumkan kekayaan jutawan Singapura daripada 'sektor kroni' berjumlah lebih 10 peratus daripada KDNK negara tersebut.

Majalah tersebut menjelaskan 65 peratus daripada peningkatan global dalam kekayaan kroni-kapitalis dijana oleh Amerika Syarikat, China, India dan Rusia.

The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram