[VIDEO] Penagih dadah disyaki culik, rogol bekas kekasih gara-gara cemburu


  • Benua
  • Khamis, 11 Mei 2023

Keisya (kanan) diculik kekasihnya sendiri di hadapan sebuah pangsapuri atas faktor cemburu — Agensi

BERANG bekas teman wanita pergi ke rumah kawan, seorang lelaki sanggup bertindak menculik kekasihnya sendiri baru-baru ini.

Kejadian itu dilaporkan berlaku di Kawaluyaan, Kota Bandung, Pekan, Indonesia pada Selasa lalu.

Memetik laporan media antarabangsa Kompas.Com, suspek yang hanya dikenali sebagai RG bertindak menculik mangsa, Keisya Aurelia Arsisa di luar sebuah pangsapuri .

Aksi penculikan itu berjaya dirakam kamera televisyen litar tertutup (CCTV) yang diletak di luar bangunan berkenaan.

Ketua Polis Bandung, Budi Sartono berkata, motif kejadian dipercayai akibat suspek yang cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

"Ketika kejadian mangsa yang berumur 19 tahun dilarikan dan dikurung suspek di pangsapuri Gateway Cicadas sebelum disembunyikan di daerah Saparua, Kota Bandung pada keesokan harinya (Rabu).

"Maklumat awal mendapati suspek juga mengambil kesempatan merogol mangsa," katanya.

Jelas Budi lagi, mangsa ditemui dalam keadaan selamat, manakala suspek ditahan di daerah Cipaera Kosambi.

"Ketika ditahan, polis menemui dadah jenis syabu," katanya lagi. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram