[VIDEO] Pasang pagar atas kubur, kecoh dakwaan ibu bapa nak 'jaga' mayat anak


  • Benua
  • Selasa, 02 Mei 2023

Sebuah kubur dilihat memiliki binaan gril dan pagar besi di Hyderabad India. — Agensi

KECOH di sebuah tanah perkuburan apabila ada kubur dilengkapi binaan pagar besi berwarna hijau yang dibina oleh ibu bapa si mati.

Pemasangan pagar itu difahamkan bertujuan 'menjaga' anak perempuan mereka yang sudah lama dikebumikan di situ.

Gambar dan rakaman video tersebut tular di laman YouTube selain hangat diperkatakan warganet.

Isu berkenaan dihebohkan bekas aktivis ateis Islam, Harris Sultan yang memburukkan ideologi Islam sehingga menyebabkan berlaku kejadian seperti itu.

Bagaimanapun berdasarkan kajian dijalankan Mohammed Zubair, pemasangan pagar pada kubur tersebut bertujuan bagi mengelakkan tapak itu diguna pakai semula.

Selain itu, lokasi tanah perkuburan itu juga disahkan bukan di Pakistan sebaliknya di Hyderabad India.

Tanah perkuburan berkenaan bersebelahan dengan Masjid Jamak Salar-ul-Mulk, Madannapet, Hyderabad, India dan menurut penjaga kubur di situ, pemasangan gril dan pagar berkunci itu adalah untuk mengelakkan penggunaan semula kubur tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram