[VIDEO] Terlalu rindukan cucu, pasangan warga emas sanggup jalan kaki sejauh 17.5km kerana tiada wang


  • Benua
  • Sabtu, 29 Apr 2023

Tangkap layar sepasang suami isteri warga emas berjalan kaki sejauh 17.5km semata-mata ingin bertemu dengan cucu kesayangan di Rancakalong, Indonesia.

SEPASANG suami isteri warga emas sanggup menempuh laluan berliku apabila berjalan kaki selama empat jam untuk bertemu cucunya menjelang Aidilfitri di Jatihurip, Sumedang Utara, Indonesia pada Khamis lalu.

Pasangan itu merancang untuk berjalan kaki sejauh 17.5km dari rumah mereka di Jatihurip, Sumedang Utara ke Rancakalong, Indonesia.

Menyedari situasi tersebut, polis yang bertugas di kawasan Tol Cisumdawu, Jawa Barat, Indonesia kemudiannya menghampiri mereka.

Difahamkan, kedua-dua warga emas itu terlalu merindui cucu mereka sehingga sanggup berjalan kaki kerana tidak mempunyai wang untuk membeli kereta.

Terkesan dengan perkara itu, pihak polis kemudiannya memberikan wang perbelanjaan dan mengiringi mereka untuk menaiki pangangkutan awam ke Rancakalong.

Hasil siasatan dijalankan, lelaki tua itu difahamkan mengalami masalah ingatan susulan dakwaan pihak keluarganya yang mengatakan mereka sudah pun melawat semasa Aidilfitri baru-baru ini.

Namun, atas sebab tertentu pasangan warga emas itu kemudiannya memutuskan untuk sekali lagi berangkat ke Rancakalong beberapa hari kemudian untuk bertemu anak dan cucu mereka.

Pasangan warga emas itu kini difahamkan sudah selamat bersama anak serta cucunya dan kisah itu nyata menyentuh hati setiap masyarakat di Indonesia. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram