Diajak tonton filem dalam bilik hotel, pondan disyaki lari bersama wang tunai RM24,000 ketika mangsa tidur


  • Benua
  • Khamis, 27 Apr 2023

Napatsara ditahan polis atas dakwaan melarian wang tunai milik lelaki Sri Lanka bernilai RM24,500.

SEORANG lelaki perwatakan wanita atau lebih dikenali sebagai pondan ditahan polis selepas dipercayai mencuri wang bernilai AS$5,500 (RM24,500) milik seorang pelancong Sri Lanka di sebuah hotel.

Kejadian yang berlaku di Krung Thep Maha Nakhon (Bangkok), Thailand disedari mangsa yang merupakan seorang lelaki berumur 30 tahun.

Sebelum kejadian, mangsa mengajak suspek, Napatsara Aomsim juga berumur 30 tahun menonton filem bersama di bilik hotel.

uf34oifxhxnqvuwynmx1

Mangsa menyedari suspek hilang bersama wang tunai selepas tersedar dari tidur di sebuah hotel di Bangkok. — Agensi

Lelaki itu kemudian tertidur dan apabila terjaga menyedari wang tunai miliknya lesap bersama suspek sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan).

Berang dengan perkara itu, dia kemudian membuat laporan polis di Balai Huai Khwang yang seterusnya membawa kepada penahanan Napatsara di sebuah bilik di daerah Charansanitwong.

Sewaktu ditahan, Napatsara menafikan dakwaan melarikan wang tersebut. Namun, polis tetap meneruskan siasatan atas kesalahan pecah rumah pada waktu malam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram