
SEKURANG-KURANGNYA 13 maut dan 50 lagi cedera dalam dua letupan di depoh senjata unit anti-pengganas tentera di Lembah Swat, Pakistan pada Isnin.
Ketua Polis Swat, Akhtar Hayat berkata, letupan itu turut menggegarkan pejabat anti-pengganas di barat laut lembah Swat, yang sebelum ini dikawal oleh puak militan sebelum mereka diusir dalam operasi ketenteraan pada 2009.
Siasatan awal mendapati letupan dipercayai berpunca daripada litar pintas di dalam salah sebuah gudang berkenaan.
Selain itu, tiada bukti menunjukkan insiden terbabit didalangi pihak luar.
Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat aspek lain yang menyumbang kepada faktor berlakunya letupan terbabit.
Sementara itu, pihak hospital tempatan berkata, mereka menerima puluhan mangsa yang cedera dengan sebahagian daripada mereka dalam keadaan kritikal. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram