Australia umum hari pertama Aidilfitri


  • Benua
  • Khamis, 20 Apr 2023

Australia telah mengumumkan hari raya pertama jatuh pada Sabtu, 22 April. — Gambar hiasan

MAJLIS Fatwa Australia telah mengumumkan bahawa Jumaat, 21 April, akan menjadi hari terakhir Ramadan, manakala Sabtu adalah hari pertama Aidilfitri dan permulaan bulan Syawal 1444/2023.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas balai majlis tempatan dan antarabangsa di Sydney mengesahkan Aidilfitri 2023 akan diadakan pada Sabtu, 22 April, sekali gus menjadi hari pertama bulan Syawal 1444 Hijrah.

“Di Perth, Australia Barat, anak bulan akan kelihatan pada 20 April 2023, pukul 12.12 tengahari, manakala bulan terbenam pada pukul 5.54 petang. Masa tidak mencukupi untuk melihat hilal bulan Syawal pada malam itu, jadi hari Jumaat, 21 April 2023 akan menjadi hari terakhir bulan Ramadan 1444H,” tambah Majlis itu.

Kaedah Mufti Australia dan Majlis Fatwa Australia menentukan akhir Ramadan, hari pertama Syawal dan Aidilfitri adalah berdasarkan pengiraan kelahiran bulan sebelum matahari terbenam, tempoh bulan terbenam selepas matahari terbenam dan kemungkinan melihat bulan.

Ini adalah kaedah yang telah diterima pakai oleh banyak majlis ulama global terkemuka dan ternama dunia.

“Majlis Imam Kebangsaan Australia dan Majlis Fatwa Australia mengakui setiap imam dan ulama mungkin berbeza pendapat, dan meminta semua umat Islam untuk menghormati segala pendapat berhubung hal tersebut," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram