[VIDEO] Budak perangai iblis kantoi dirakam CCTV 'balun' kucing di Bukit Panjang, pemilik buat laporan polis


  • Benua
  • Khamis, 13 Apr 2023

Tangkap layar kejadian seorang budak lelaki melakukan perbuatan lucah terhadap seekor kucing di Bukit Panjang, Singapura.

SEORANG budak lelaki ditahan polis selepas didakwa melakukan perbuatan jijik terhadap seekor kucing di Bukit Panjang, Singapura pada Sabtu lalu.

Insiden itu difahamkan berlaku di sebuah unit pangsapuri tingkat bawah blok HDB di Bukit Panjang.

Rakaman kejadian yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu memaparkan perbuatan terkutuk lelaki terbabit yang terlebih dahulu dilihat berlegar di kawasan berkenaan.

Selepas memeriksa kawasan sekeliling, individu berbaju hitam dan berseluar pendek itu kemudiannya melutut dan dilihat berada di posisi belakang kucing tersebut dalam keadaan yang mencurigakan.

Meskipun kucing itu cuba melepaskan diri, suspek terus menerkam dan melakukan perbuatan terkutuk itu berulang kali.

Dalam pada itu, pemilik kucing berkenaan dilaporkan telah membuat laporan polis sebaik menerima rakaman video itu daripada jirannya.

Dia turut mendakwa bahawa kucingnya menunjukkan tanda-tanda trauma susulan kejadian terbabit.

Berhubung perkara itu, pencinta kucing di seluruh Singapura mengecam tindakan budak lelaki tersebut dan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) turut melaporkannya ke pihak berkuasa.

Si pelaku kini dalam tahanan pihak polis dan siasatan kes masih sedang dijalankan dengan belum ada sebarang maklumat dikongsikan setakat ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram