[VIDEO] Itik liar masih bernyawa, jalan melenggang lepas pisau tertusuk di leher


  • Benua
  • Ahad, 09 Apr 2023

Tangkap layar video itik yang diberi nama Donald ditemui masih hidup walaupun lehernya ditusuk pisau. — Facebook/Association Pinocchio et Sauvageons 56

WALAUPUN leher ditusuk sebilah pisau, seekor itik liar ditemukan masih hidup dan berjalan seperti tiada apa yang berlaku ditemui di Saint-Nolff, barat laut Perancis baru-baru ini.

Pasukan penyelamat haiwan di Brittany, Perancis terkejut dengan penemuan itik yang diberi nama Donald oleh persatuan perlindungan hidupan liar, Pinocchio et Sauvageons menarik perhatian ramai orang apabila pemegang pisau merah masih melekat di leher haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, penyelamat haiwan Pinocchio et Sauvageon meluahkan kebimbangan pisau berkenaan boleh menyebabkan kecederaan lebih serius dan membunuh itik tersebut.

Jadi, mereka yang berjaya menangkap itik tersebut selepas beberapa hari kemudiannya melakukan pembedahan bagi membuang pisau berkenaan.

Selepas pisau tersebut berjaya dibuang, pihak tersebut turut memerhatikan haiwan tersebut beberapa hari selepas ia dibebaskan dan mendapati ia masih hidup serta bebas berkumpul bersama itik-itik lain.

Berkenaan bagaimana pisau tersebut boleh tertusk pada leher itik tersebut, Liga Perlindungan Burung memaklumkan Pinocchio et Sauvageon haiwan berkenaan mungkin tertusuk pisau secara tidak sengaja.

Katanya, terdapat kemungkinan ada individu yang cuba menikamnya, namun pisau tersebut tidak terkena organ penting menyebabkan ia dapat hidup sehingga hari ini. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram