[VIDEO] Dagang wanita jadi isteri: Lelaki di China dijel 11 tahun


  • Benua
  • Jumaat, 07 Apr 2023

Tangkap layar rakaman video tular pada Januari tahun lalu ketika wanita tersebut ditemui dalam keadaan lehernya dirantai.

MAHKAMAH China menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun kepada enam individu kerana mendera seorang wanita yang tular pada 2022 kerana dirantai di leher dan menjadi mangsa dagangan manusia.

Rakaman video yang tersebar pada Januari tahun lalu itu mencetuskan bantahan orang ramai di negara tersebut yang turut meningkatkan gesaan untuk menyediakan perlindungan lebih baik terhadap wanita.

Menerusi klip tular itu, wanita terbabit dilihat berada dalam keadaan keliru ketika ditemui di wilayah Timur Jiangsu, China.

Rakaman yang ditonton jutaan pengguna dan mencetuskan perdebatan tentang layanan terhadap wanita khususnya dalam isu pemerdagangan pengantin di kawasan luar bandar negara berkenaan.

Seorang lelaki bernama Dong Zhimin membeli wanita bernasib malang itu itu pada harga 5,000 yuan (RM3,202) dan mengurungnya dengan rantai di dalam bilik tanpa mendapat sinaran matahari, elektrik dan air sejak 2017, menurut Mahkamah Pertengahan Jiangsu Xuzhou dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Zhimin dipenjarakan selama sembilan tahun pada Khamis atas kesalahan penderaan dan pemenjaraan secara haram, kata mahkamah.

Wanita itu yang menghidap skizofrenia telah dijual sebanyak dua kali sebelum berakhir ke tangan Zhimin. Dia mempunyai lapan anak semasa bersama lelaki tersebut dari 1999 hingga 2020, menurut mahkamah berkenaan.

Lima lagi orang yang terlibat mendagangkan wanita itu turut dijatuhkan hukuman penjara antara lapan hingga 11 tahun. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram