Kurang separuh daripada 2.8 juta pemohon pasport sudah lakukan perjalanan ke luar negara


  • Primer
  • Sabtu, 08 Apr 2023

Sebanyak 2.8 juta pasport telah dikeluarkan Imigresen sejak tempoh pandemik Covid-19.

JABATAN Imigresen Malaysia (Imigresen) mengeluarkan sebanyak 2.8 juta pasport sejak tempoh pandemik Covid-19, kata atuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun, Menteri Dalam Negeri itu berkata, separuh daripada mereka yang memohon itu masih belum memulakan perjalanan dengan menggunakan dokumen tersebut.

“Selepas pandemik, permohonan pasport meningkat empat kali ganda, menyebabkan kesesakan terutama di pejabat Imigresen di sekitar Lembah Klang.

“Sehingga kini, kami telah mengeluarkan sejumlah 2.8 juta pasport.

“Tetapi setakat ini, hanya 40 peratus daripada mereka telah mula melancong ke luar negara,” katanya pada Sabtu.

Saifuddin berkata, permintaan yang tinggi terutama di bandar besar adalah antara penyumbang kepada kesesakan di kaunter jabatan tersebut dan langkah perlu telah diambil untuk menangani isu berkenaan.

GEORGE TOWN, 8 April -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika bertemu para pengamal media selepas Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni dan Iftar KDN Madani hari ini.-- fotoBERNAMA (2023) HAK CIPTA TERPELIHARA

Saifuddin Nasution Ismail ketika bertemu media di George Town pada Sabtu. — Bernama

"Macam di Perlis, pihak imigresen mengeluarkan 20 hingga 30 pasport setiap hari, namun di Damansara, Shah Alam dan Kelana Jaya, kita keluarkan (pasport) berlipat kali ganda...berlaku kesesakan di sana, " katanya.

"Daripada semua yang memohon pasport baharu, 45 peratus adalah permohonan dalam talian tetapi majoriti masih walk-in.

“Langkah segera kami adalah mengenal pasti 21 pejabat yang sering menghadapi kesesakan dan melanjutkan waktu operasinya,” ujar beliau.

Saifuddin berkata, susulan liputan internet meluas di bandar utama, langkah lain sedang dikaji adalah menetapkan pejabat Imigresen tertentu untuk hanya berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan bukan untuk aplikasi walk-in biasa.

“Kami merancang untuk pejabat terpilih hanya memproses permohonan dalam talian dan hanya berkhidmat untuk tujuan kutipan.

“Mereka yang dibenarkan masuk hanya warga emas, orang kurang upaya dan kanak-kanak bersama penjaga mereka.

“Rasionalnya ialah beberapa kawasan telah menerima capaian internet sepenuhnya seperti di Shah Alam, Klang dan Damansara,” katanya.

Beliau menambah, permohonan pasport kini hanya mengambil masa beberapa minit untuk didaftarkan secara lengkap dalam talian dan bilangan pengguna yang tinggi membuktikan ia boleh dilaksanakan.

Terdahulu, beliau dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani pada Sabtu berbuka puasa bersama kira-kira 1,000 kakitangan pelbagai agensi di bawah kementerian itu di Sunshine Square, George Town, Pulau Pinang. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram