[VIDEO] Khusyuk solat tarawih, imam masjid tak berganjak saat kucing lompat ke bahu


  • Benua
  • Rabu, 05 Apr 2023

Tangkap layar seekor kucing memanjat ke atas bahu seorang imam ketika menunaikan solat tarawih di masjid Bordj Bou Arreridf, Algeria, Afrika Utara.

BULAN Ramadan merupakan bulan keberkatan buat semua umat Islam di seluruh dunia dan solat tarawih merupakan antara ibadah sunat yang akan dilaksanakan selepas solat Isyak.

Namun, insiden berlaku di Masjid Bordj Bou Arreridf, Algeria, dekat Afrika Utara pada Selasa mencuri perhatian ramai susulan seekor kucing dilihat melompat naik ke bahu imam masjid tersebut ketika sedang khusyuk membaca surah.

Dianggap sebagai pelawat terhormat di rumah ALLAH, haiwan comel itu ditenangkan oleh imam tersebut yang nyata tidak berganjak apabila dikejutkan dengan kehadiran kucing berkenaan.

Kekal meneruskan bacaan dan mengetuai jemaah di masjid tersebut, rakaman itu mendapat liputan meluas di laman media sosial.

Salah seorang pengguna di Instagram, Rahman Ridzki berkata, kucing memang sukakan bacaan suci Al-Quran, saya selalu baca dan kucing saya akan diam dan duduk berhampiran saya sehingga bacaan tamat," ujarnya.

"Kucing haiwan kesayangan Nabi, jadi haiwan itu juga tetamu di rumah ALLAH," kata Soul Solihin.

"Satu tindakan yang baik, imam itu terus membacakan doa dan tidak berganjak dari situ, kucing juga tetamu ALLAH dan dia sukakan bacaan suci," jelas Kashi Khan.

Selesai menunaikan solat, kucing itu difahamkan terus beredar dan meninggalkan iman terbabit dan ibadah tarawih itu berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram