SEORANG lelaki ditahan polis selepas tular video menunjukkan dirinya memotong kek dengan menggunakan senjata api dipercayai sepucuk pistol.
Suspek, Aniket Singh, 21, ditahan bersama senjata api buatan India kerana dikhuatiri mencetuskan ketakutan dalam kalangan masyarakat.
Berdasarkan rakaman video yang tular, beberapa individu menyanyikan lagu hari jadi sambil sambil Aniket memegang sepucuk pistol. Malah suspek sempat membakar mercun.
Jurucakap polis berkata, tertuduh ditahan di sekitar kawasan Neb Sarai bersama pistol jenis .315 dengan dua peluru hidup.
"Sebaik sahaja video tersebut dikesan, kami terus melakukan gerakan menjejaki Aniket," kata jurucakap polis.
Aniket turut dipercayai memiliki rekod jenayah yang terlibat dalam beberapa kes yang didaftarkan di balai Malviya Nagar.
Dia didakwa di bawah Akta Senjata Api. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram