[VIDEO] 'Apa yang penting kerjasama', 2 pencuri kemaruk pikul motor sampai atas pagar


  • Benua
  • Sabtu, 01 Apr 2023

Tangkap layar cubaan mencuri sebuah motosikal oleh dua orang lelaki di Jawa Tengah, Indonesia baru-baru ini.

TINDAKAN dua pemuda yang mencuri sebuah motosikal di Pusponjolo Tengah, Semarang Barat, Jawa Tengah, Indonesia tertangkap menerusi rakaman kamera litar tertutup CCTV baru-baru ini.

Dalam insiden tersebut, kedua-dua lelaki berjaket hitam dan kuning itu dilihat cuba melarikan diri dengan sebuah motosikal di lokasi berkenaan.

Meskipun kegiatan itu terhenti seketika akibat pagar tinggi di situ, pencuri terbabit tidak berputus asa sebaliknya terus memikul motosikal berkenaan dalam cubaan meloloskan diri tersebut.

Tidak disedari mana-mana pihak, mereka kemudiannya berjaya melarikan diri selepas beberapa kali mencuba dengan cara berlainan.

Di ruangan komen, rata-ratanya mengecam perbuatan tersebut selain turut mempersoalkan tahap keselamatan di pondok pengawal berkenaan.

"Hairan mana pergi pengawal keselamatan di situ, kalau ada pagar mesti pondok pengawal juga berada berhampiran," ujar emahramayanti.

"Motosikal seberat itu masih boleh diangkat, dasar pencuri biar polis tangkap mereka secepat mungkin," kata Keboon71.

"Di bulan Ramadan masih mahu mencuri, rakaman CCTV ada harap pihak polis segera siasat dan tahan pencuri itu," tambah daffaakbr14.

Namun, sehingga kini masih belum ada kenyataan polis berhubung kejadian tersebut dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hadir ke balai untuk membantu siasatan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram