PENGETUA sekolah piagam Florida, di Amerika Syarikat (AS), Jan McGee meletak jawatan pada minggu ini selepas memindahkan wang tunai berjumlah AS$100,000 (RM442,100) kepada scammer yang berpura-pura menjadi individu pernah dinobatkan sebagai terkaya di dunia, Elon Musk.
Menurut stesen WESH, Orlando, Florida, McGee berulang kali diberi amaran bahawa individu yang berjanji melabur jutaan dolar AS ke dalam pusat pendidikan, Burns Science and Technology adalah berkemungkinan bukan orang kedua terkaya di dunia itu.
Ia selepas sekolah berkenaan memberikannya wang bayaran pendahuluan mencecah ratusan ribu bagi membuat pelaburan berkenaan.
Pengurus perniagaan sekolah itu dilaporkan mendapat berita tentang kesilapan McGee dan menghentikan pembayaran, tetapi ia gagal menyelamatkan kesilapan yang berlaku itu.
"Saya seorang wanita yang sangat bijak," kata McGee pada mesyuarat malam Selasa sebelum menawarkan untuk menyerahkan peletakan jawatannya, yang kemudiannya diterima oleh pentadbir sekolah. "Saya terpedaya kerana penipuan."
Pengetua itu mengeluarkan cek tersebut kepada seorang individu dipercayai sebagai orang kanan Musk, iaitu individu dianggarkan memiliki kekayaan bernilai AS$192 bilion (RM848 bilion).
Di samping itu, terdapat rungutan lain turut ditimbulkan terhadap McGee pada mesyuarat tersebut selain daripada mendesak penyingkirannya.
McGee (tengah) menerajui sekolah itu sejak ia dibuka pada 2011. — Agensi
Ini kerana dia dilaporkan tidak diberi kuasa untuk menulis cek lebih daripada AS$50,000 (RM221,000).
Pengerusi Lembaga Pengarah, Albert Amalfitano berkata, kesilapan dilakukan itu telah menyebabkan kredibiliti pengetua tersebut dipersoalkan.
McGee telah menerajui sekolah itu sejak ia dibuka pada 2011.
Burns Science and Technology dilaporkan mempunyai 1,000 pelajar dan memiliki senarai menunggu yang panjang.
Insitusi pendidikan yang bereputasi tinggi, Sekolah Oak Hill, Florida menyifatkan ia sebagai tempat yang memupuk 'pemikiran kritis, penyelesaian masalah bebas dan kemahiran komunikasi yang teguh."
US News and World Report menyebutnya sebagai sekolah menengah teratas di Volusia County.
Pada minggu ini, Elon Musk menyertai berpuluh-puluh pempengaruh dalam bidang industri teknologi dengan menandatangani surat terbuka yang meminta semua makmal kecerdasan buatan supaya menghentikan pembangunan teknologi yang terdedah kepada penggunaan tidak bertanggungjawab. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram