China mahu 'layanan' lebih adil isu sekatan terhadap TikTok


  • Benua
  • Isnin, 20 Mac 2023

Pemilik TikTok, ByteDance dibimbangi mungkin akan memberikan sejarah penyemakan imbas atau data lain tentang pengguna kepada kerajaan China.

KERAJAAN China berharap agar negara lain kekal dalam menggunakan aplikasi TikTok selepas Britain dan New Zealand menyertai Amerika Syarikat (AS) untuk menyekat penggunaan aplikasi itu ekoran bimbang akan risiko keselamatan.

Sekatan itu diambil selepas dakwaan mengatakan kerajaan China mengakses data peribadi sensitif pengguna, termasuk lokasi dan sejarah imbasan menerusi aplikasi berkenaan.

Kerajaan negara terbabit bimbang pemilik TikTok, ByteDance mungkin akan memberikan sejarah penyemakan imbas atau data lain tentang pengguna kepada kerajaan China atau mempromosikan propaganda dan menyebarkan maklumat salah.

Menurut jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin, Beijing menyeru agar negara-negara berkenaan mengiktiraf fakta objektif, menghormati ekonomi pasaran secara berkesan dan menyediakan persekitaran tanpa diskriminasi untuk semua syarikat.

TikTok ialah salah satu fokus konflik antara negara China dan negara lain berhubung teknologi dan keselamatan yang mengganggu cip pemproses, telefon pintar dan industri lain.

Kerajaan Britain mengumumkan pengharaman penggunaan TikTok pada semua jenis telefon Khamis lalu.

"Penggubal undang-undang dan pekerja di Parlimen New Zealand dilarang daripada menggunakan aplikasi TikTok pada telefon," menurut kenyataan.

Di samping itu, White House menyeru agar semua agensi termasuk kerajaan untuk memadam aplikasi TikTok dalam tempoh 30 hari.

Selain itu, India turut melaksanakan arahan yang sama untuk menyekat penggunaan TikTok serta aplikasi yang dimiliki oleh China antaranya perkhidmatan mesej WeChat atas alasan keselamatan dan privasi.

Dalam masa sama, kerajaan China turut melaporkan bahawa AS dengan sengaja menyebarkan informasi palsu mengenai pengguna aplikasi berkenaan selain berhasrat untuk mengharamkan TikTok sekiranya ByteDance tidak mahu menjual sahamnya itu. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram